Gelanggang Bola Jaring

Gelanggang Bola Jaring & Jenis Bola Jaring Terkini

Isi Kandungan

Sukan bola jaring juga sama seperti sukan-sukan lain iaitu memerlukan gelanggang bola jaring yang sesuai untuk digunakan. Terdapat beberapa jenis gelanggang bola jaring yang digunakan, walaubagaimanapun ukuran gelanggang bola jaring adalah sama kerana mempunyai skala yang telah ditentukan. Di dalam artikel ini kami kongsikan semua perkara berkenaan gelanggang bola jaring terkini.

Ukuran Gelanggang Bola Jaring

Gelanggang bola jaring adalah berbentuk segi empat panjang, bagi permukaan gelanggang pula diperbuat daripada kayu, namun permukaan gelanggang bola jaring ini juga boleh menggunakan lantai rumput ataupun getah selagi ia selamat untuk para pemain. Lantai kayu banyak digunakan kerana ia boleh memberikan lebih cekaman pada tapak kasut dan kos yang lebih rendah. 

Ukuran gelanggan seperti berikut:

  • Panjang gelanggang adalah berukuran 30.5m, manakala lebar pula adalah berukuran 15.25m
  • Bulatan berdiameter 0.9m terdapat di bahagian tengah gelanggan, ia dipanggil “centre circle”
  • Bulatan gol terdapat di hujung kedua-dua belah gelanggang, bulatan gol ini mempunyai ukuran radius 4.9m dimana titik tengah bulatan gol ini adalah garisan gol. 
  • Di dalam gelanggang terdapat 2 garisan yang menjadikan gelanggang bola jaring mempunyai 3 bahagian.

Tiang Gol Bola Jaring

Tiang gol bola jaring terletak di hujung kedua-dua belah gelanggang, ia terletak betul-betul di titik tengah bulatan gol.

  • Tiang gol ini mempunyai ukuran tinggi 3.05m dan berdiameter 65-100mm
  • Bulatan jaring mempunyai ukuran diameter 380mm. Jaring pula mempunyai ketinggian berukuran 380-457mm

Saiz Bola Jaring & Gambar Bola Jaring

Bola jaring yang yang digunakan adalah berbentuk “spherical”. Bola jaring moden ini diperbuat daripada beberapa material iaitu getah atau sintetik yang sesuai.

  • Bola jaring ini mempunyai ukuran bulatan sepanjang 690-710mm
  • Berat bola jaring yang ideal adalah seberat 400-450g
gambar bola jaring

Dapatkan barangan Netball murah di Shopee,
Tekan link di bawah untuk terus ke laman Shopee.

Netball pants : https://shope.ee/8UUfUgVpOy

Netball jersey : https://shope.ee/6pMRVfS1Ym

Netball shoes : https://shope.ee/4Kf6X6jbN3

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Bagi seorang pemain bola jaring sudah pasti kenal dan mengetahui ukuran gelanggang bola jaring ini. Mengetahui ukuran padang bola jaring ini sedikit sebanyak membolehkan seseorang pemain untuk lebih cakna apabila bermain bola jaring. Diharap dengan info ini membantu anda dalam mengenali gelanggang bola jaring dengan lebih jelas.