Posisi Bola Jaring Terkini

Jika anda baru kali pertama menyaksikan perlawanan bola jaring sudah semestinya anda tertanya-tanya apakah maksud posisi yang terdapat di setiap baju para-para pemain bola jaring. Malah bagi yang baru hendak belajar pasti agak keliru dalam mengenal pasti posisi dan peranan pemain-pemain bola jaring. Oleh sebab itu di dalam artikel kali ini kami kongsikan huraian posisi bola jaring serta peranannya.

Goal Shooter (GS)

Posisi goal shooter (GS) ini adalah untuk menjaringkan gol. Pemain yang berada pada posisi ini mestilah mahir dalam membuat jaringan gol. Bagi posisi ini kebiasaannya pemain yang mempunyai kelebihan ketinggian menjadi keutamaan kerana mudah untuk melontar bola ke jaring.

Goal Attack (GA)

Goal Attack (GA) ini adalah posisi yang mempunyai banyak ruang selepas Goal Defence (GD) dan Centre (C). Namun begitu, posisi GA ini selalu bersama di dalam bulatan gol bersama-sama Goal Shooter (GS) untuk membantu memudahkan membuat jaringan bola ke jaring. Posisi ini juga boleh membuat jaringan gol seperti GS.

Wing Attack (WA)

Posisi Wing Attack (WA) ini adalah bertindak sebagai penyerang sayap di atas gelanggang. Tugas utama pemain ini adalah mendapatkan bola untuk dibawa hingga sampai bulatan gol pihak lawan. Pemain yang lincah dan tangkas sangat sesuai untuk bermain di posisi penyerang sayap ini kerana memerlukan ketangkasan untuk merampas bola dari pihak lawan.

Centre (C)

Posisi Centre (C) adalah posisi yang paling advance kerana mempunyai ruang hampir ke seluruh gelanggang kecuali bulatan gol sahaja. Posisi ini juga bertanggung jawab untuk memulakan balingan bola permainan di tengah gelanggang. Pemain yang sesuai untuk posisi ini adalah pemain yang mempunyai stamina yang tinggi kerana boleh berlari hampir ke semua sudut gelanggang. 

Wing Defence (WD)

Wing Defence (WD) ataupun boleh dipanggil sebagai pertahanan sayap di atas gelanggang. Peranan utama posisi WD ini adalah untuk menghalang pergerakan dan membuat pintasan bola daripada Wing Attack (WA) pasukan lawan. Posisi ini juga boleh bertindak untuk menghantar bola ke bahagian gelanggang lawan. Sudah semestinya pemain yang lincah dan tangkas sangat sesuai untuk mengisi posisi ini.

Goal Defence (GD)

Goal Defence (GD) ataupun pertahanan gol berperanan untuk mengawal dan membuat pintasan bola daripada pemain Goal Attack (GA) pasukan lawan. Posisi ini penting sebagai penjaga di bahagian dalam gelanggang sendiri pasukan.

Goal Keeper (GK)

Goal Keeper (GK) adalah posisi dimana pemain perlu menahan serangan dari Goal Shooter (GS) atau Goal Attack (GA) daripada membuat jaringan gol di dalam bulatan gol. Pemain yang mempunyai kelebihan ketinggian diperlukan di posisi ini kerana memudahkan untuk membuat kawalan di tiang jaring gol.

Dapatkan barangan Netball murah di Shopee,
Tekan link di bawah untuk terus ke laman Shopee.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Setiap posisi boleh jaring ini mempunyai beberapa peranan yang berbeza, oleh itu, dalam menentukan posisi pemain perlulah menilai dari segi ketinggian, stamina, dan kecergasan pemain bola jaring pasukan anda. Diharap dengan info ini menjadikan anda lebih jelas dan pakar dalam menyusun atur pasukan bola jaring anda.