peraturan bola jaring

Peraturan Bola Jaring Terkini

Bola jaring adalah salah satu sukan yang sinonim dengan kaum wanita Malaysia. Untuk bermain bola jaring anda terlebih dahulu perlu untuk mengetahui peraturan bola jaring terkini yang wajib dipatuhi. Untuk pengetahuan semua, bola jaring adalah sukan yang mempunyai banyak rule atau peraturan yang wajib dipatuhi sepanjang perlawanan. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa peraturan bola jaring yang anda wajib tahu. Rule bola jaring ini adalah yang paling terkini dan terbaru.

Asas Peraturan Bola Jaring

Bola jaring ini adalah sukan yang dimainkan boleh dua pasukan yang setiap satu pasukan terdiri daripada tujuh. Pengiraan mata sukan ini adalah dikira berdasarkan jumlah jaringan bola yang paling banyak akan menang. Hanya posisi pemain Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja yang boleh menjaringkan gol sepanjang perlawanan.

Undang-undang asas bola jaring

  • Dilarang menghantar bola lebih dari kawasan tanpa disentuh atau diambil oleh pemain
  • Pemain tidak dibenarkan untuk mengheret atau memusingkan tapak kaki apabila sedang memegang bola
  • Jika bola keluar, hantaran kedalam diberikan kepada pasukan lawan.
  • Hantar tengah untuk memulakan permainan diambil secara bergilir-gilir selepas jaringan gol
  • Setiap perlawanan mempunyai 2 orang pengadil
  • Pasukan akan menukar posisi gelanggang setiap kali masuk suku perlawanan
  • Kesalahan “off side” apabila pemain keluar daripada kawasan yang dibenarkan
  • Pemain mesti melakukan halangan minima 3 kaki dari pemain yang memegang bola
  • Pemain tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang sentuhan ketika memegang bola samada sengaja atau tidak. 

Tempoh masa permainan bola jaring

Bagi permainan bola jaring terkini, masa permainan ialah terbahagi kepada 4 suku masa. Setiap suku masa mempunyai 15 minit permainan. Setiap suku mempunyai masa rehat 4 minit antara suku 1 ke 2 dan suku 3 ke 4. Manakala bagi suku 2 ke 3 adalah dikira separuh masa dan diberi masa rehat selamat 12 minit. 

Setiap pasukan mesti menukar posisi gelanggang setiap kali memasuki suku baru. Setiap permainan perlu dilakukan sepanjang tempoh masa permainan sahaja. Kecuali, jika suatu pasukan tersebut diberikan penalti pas di dalam bulatan gol. Pengadil akan meniup wisel penamat setelah pemain tersebut selesai melakukan penalti pas.

 Masa tambahan bola jaring

Di dalam sesetengah perlawanan bola jaring, pengadil berkemungkinan akan memberikan masa permainan tambahan jika kedudukan mata seri selepas tamat masa permainan sebenar. Masa tambahan ini diberikan untuk menentukan pasukan yang lebih banyak jaringan mata dikira sebagai pemenang.  

Masa tambahan ini mengandungi 2 suku tambahan, setiap suku mempunyai 7 minit dan diselang dengan rehat selama 1 minit. Kedua-dua pasukan akan menukar gelanggang setiap kali masuk suku tambahan.

Pemain dan Posisi bola jaring

Di dalam sukan bola jaring, setiap pemain mempunyai posisi masing-masing, setiap posisi ini mempunyai kawasan yang berbeza di atas gelanggang bola jaring. Kami akan kongsikan di dalam slot ini. 

Sepanjang permainan setiap pasukan mesti mempunyai minima 5 atau maksima 7 pemain di atas gelanggang. Setiap pasukan wajib mempunyai seorang ketua/kapten. 

  • Jika salah satu pasukan tidak mempunyai minima 5 pemain di atas gelanggang, pengadil akan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.
  • Jika salah satu pemain mempunyai lebih dari maksima 7 pemain di atas gelanggang, pemain yang lebih perlu keluar dari gelanggang.

Senarai posisi pemain bola jaring

  • Goal Shooter (GS)
  • Goal Attack (GA)
  • Wing Attack (WA)
  • Centre (C)
  • Wing Defence (WD)
  • Goal Defence (GD)
  • Goal Keeper (GK)

Setiap pemain mempunyai posisi masing-masing di dalam gelanggang. Posisi seperti di bawah:

Penalti

Di dalam cara bermain bola jaring, terdapat beberapa kesalah yang boleh dikenakan penalti. Terdapat 2 jenis penalti bola jaring iaitu:

Lontaran Percuma

Lontaran percuma ini diberikan apabila berlakunya kesalahan kecil. Apabila pengadil melihat berlakunya kesalahan kecil maka pasukan lawan akan diberikan lontaran percuma. Antara kesalahannya adalah:

Memegang bola

Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya mempunyai masa 3 saat untuk melakukan hantaran ke pemain seterusnya. Jika lebih dari 3 saat, pengadil akan meniup wisel dan memberikan lontaran kepada pasukan lawan.

Gerakan kaki

Apabila seorang pemain memperoleh bola, pemain tersebut hanya dibenarkan untuk membuat satu langkah sahaja. Jika semasa mendapat bola kaki kiri menjejak gelanggang, maka hanya satu langkah kaki kanan sahaja dibenarkan. Jika kedua-dua kaki berada di atas gelanggang semasa memegang bola, selangkah dibenarkan untuk mana-mana belah kaki.  

Menerima bola

Seorang pemain hanya boleh memberikan/melantunkan bola yang sedang dipegang kepada pemain lain sahaja. Pemain tidak dibenarkan untuk mengambil semula bola yang dilepaskan dari penggangan tangan. Jika berlaku, bola perlu terlebih dahulu diambil oleh pemain lain barulah boleh menerima semula bola tersebut.

Kawasan bola

Bola yang dihantar lebih daripada satu pertiga dari kawasan permainan tanpa disentuh oleh mana-mana pemain adalah satu kesalahan, pengadil akan meniup wisel dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.

Off side

Setiap pemain mempunyai posisi dan kawasan bergerak masing-masing di dalam gelanggang. Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan selain dari kawasan posisinya. Jika pemain memasuki kawasan yang bukan sepatutnya, ini adalah satu kesalahan dan lontaran akan diberikan kepada pasukan lawan.

Lontaran penalti

Lontaran penalti ini akan diberikan apabila berlakunya kesalahan seperti bermain secara kasar, mengganggu pemain lawan serta beberapa lagi yang dikenal pasti oleh pengadil. Kesalahan ini boleh dilihat apabila pengadil akan mengarahkan pemain untuk berdiri di sebelah pemain lawan yang memperoleh lontaran penalti. Pemain yang melakukan kesalahan ini hanya boleh bergerak apabila lontaran penalti dilakukan. Antara kesalahn yang sering dilakukan adalah:

Melanggar

Dalam permainan bola jaring, setiap pemain dilarang melanggar pemain lain samada sengaja ataupun tidak sengaja. Pengadil akan melihat dan membuat keputusan samada untuk memberikan lontaran penalti ataupun tidak.

Menghalang

Setiap pemain tidak dibenarkan untuk menyentuh ataupun mengambil bola yang sedang dipegang boleh pemain lain. Setiap pemain hanya boleh melakukan halangan minima jarak 3 kaki daripada pemain yang memegang bola.

Penalti gol

Jika kesalahan seperti melanggar atau menghalang dilakukan di dalam bulatan gol, pasukan lawan akan diberikan lontaran terus ke jaring gol. Lontaran ini dilakukan tanpa halangan daripada pemain pasukan lawan.

Dapatkan barangan Netball murah di Shopee,
Tekan link di bawah untuk terus ke laman Shopee.

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir kata

Jika dinilai secara terpeinci, terdapat beberapa lagi paraturan bola jaring yang tidak dinyatakan di atas. Ini kerana point-point peraturan di atas adalah antara yang paling penting dan kerap berlaku di dalam permainan bola jaring. Diharap dengan serba sedikit info ini membantu anda untuk lebih dalam peraturan bola jaring.